28 hingga 30 April 2025 telah berlangsung Kursus Pengukuhan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya. Penyertaan kursus ini disertai oleh JBPM W.P Putrajaya, JBPM W.P. Kuala Lumpur, JBPM Selangor dan JBPM Negeri Sembilan. Fokus utama kursus ini adalah meningkatkan kecekapan dan kemahiran Pasukan RIM dalam pengendalian dan menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) semasa berlakunya sebarang kecemasan.





