12 November 2024 – Cawangan Sumber Manusia JBPM Pulau Pinang telah menganjurkan sesi taklimat pencegahan rasuah yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian/Zon/Balai.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tuan Mazlan bin Haja Maideen, Penolong Penguasa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pulau Pinang.
Penceramah telah berkongsi mengenai isu-isu rasuah yang sering terjadi kepada penjawat awam termasuk jenis-jenis kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 serta kewajipan melapor rasuah.
Akhir sesi, penceramah menekankan kepada peserta agar sentiasa mengamalkan nilai budaya kerja cemerlang dan berintegriti yang dapat memberikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan tanpa terlibat dengan jenayah rasuah.
#BombaPulauPinang