Hari ini telah berlangsung sesi temubual khas bersama YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang di pejabat beliau, mewawancara isu semasa berkaitan Monsun Barat Daya, cuaca panas kering, dan risiko pembakaran terbuka.

“Kami menyeru orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dalam cuaca panas yang berisiko tinggi ini. Satu kelalaian kecil boleh membawa kepada kebakaran besar yang mengancam nyawa dan harta benda. Laporkan segera kepada bomba jika ternampak sebarang aktiviti mencurigakan atau kebakaran kecil.”
Terima kasih kepada pihak RTM atas kerjasama dalam menyebarkan mesej keselamatan kebombaan kepada masyarakat.


