YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang turut serta dalam Program Singgah Sahur YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri KPKT. Sebanyak 10 tempat disinggahi dalam program ini yang antaranya melibatkan BBP Kuala Muda, Pengkalan Udara Wilayah Utara dan berakhir di BBP Kepala Batas.
YB Menteri KPKT turut bersahur bersama anggota BBP Kepala Batas dan turut menyerahkan hamper raya.
JBPM Negeri Pulau Pinang mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri KPKT yang sudi menyantuni pegawai dan anggota di JBPM Negeri Pulau Pinang.