9 Jun 2025 – Bertempat di BBP Bandar Perda telah berlangsung pelaksanaan Program Ibadah Korban Perdana Peringkat JBPM Pulau Pinang. Alhamdulillah program berjalan dengan sempurna dengan izin dariNYA.
Sebanyak enam (6) ekor lembu dapat disempurnakan sembelihan dan agihan. Tetamu jemputan hadir seawal jam 7.45 pagi dan turut sama-sama membantu AJK petugas dalam melaksanakan ibadah korban.
Program ini turut dihadiri PERISMA bagi membantu menyediakan makan tengahari. Program turut diisi dengan bacaan tahlil sebelum makan tengahari dan diakhiri dengan penyampaian agihan daging korban kepada fakir miskin, petugas korban dan sedekah kepada tetamu yang hadir.
Seramai 34 golongan fakir miskin yang hadir ke BBP Bandar Perda untuk menerima agihan daging korban dan selebihnya pihak urusetia telah menyerahkan kepada sukarelawan Masjid Perda untuk mengagihkan kepada golongan yang layak menerima daging korban.
Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada tetamu yang hadir terutama kepada Ketua Balai Bomba Bandar Perda kerana menyediakan hospitaliti yang baik sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Timbalan Pengarah dan Pegawai Kanan Jabatan yang turut hadir bagi meraikan Ibadah Korban JBPMPP pada tahun ini. Semoga Allah merahmati kita semua.




