YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen negeri sempena Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) dan Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) 2025.
Semangat juang, disiplin dan kesatuan terpancar di wajah setiap anggota. Bendera negeri diserahkan sebagai simbol amanah dan harapan seluruh warga JBPM Pulau Pinang.
“Bukan sekadar bertanding, tetapi membawa maruah dan kebanggaan jabatan serta negeri.”
Selamat maju jaya kepada kontinjen Pulau Pinang!




