*21 Ogos 2025 (Khamis)*
YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang meluangkan masa berkunjung ke BBP Butterworth dalam program Majlis Ramah Mesra Bersama Warga BBP Butterworth.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim antara kepimpinan tertinggi JBPM negeri dengan pegawai serta anggota di lapangan, malah turut menjadi wadah penting bagi menyampaikan amanat, aspirasi dan hala tuju organisasi. Kehadiran YS Pengarah disambut penuh mesra, menggambarkan hubungan erat serta semangat kekitaan yang tinggi antara warga bomba di semua peringkat.
Dalam majlis ini juga, pelbagai isu operasi, kebajikan anggota serta cabaran semasa telah diketengahkan. Ia membuka ruang kepada warga BBP Butterworth untuk berkongsi pandangan, cadangan serta pengalaman dalam usaha memperkukuh lagi kesiapsiagaan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis ramah mesra ini sekaligus memberi suntikan motivasi baharu kepada seluruh warga bomba untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi, berdisiplin tinggi serta sentiasa berpegang teguh kepada visi dan misi JBPM.






