555661216 1227775306052257 8280471140014198898 n

Majlis Perasmian Video Hotel Guest Fire Safety Awareness

29 September 2025- Pulau Pinang sekali lagi melakar sejarah apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang berjaya menghasilkan sebuah video khas bertajuk Hotel Guest Fire Safety Awareness sebagai panduan keselamatan kebakaran kepada para pengunjung hotel.
Majlis perasmian video ini telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, yang menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah proaktif dan bersejarah, memandangkan Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan utama negara. Kehadiran video keselamatan ini membuktikan komitmen JBPM Negeri Pulau Pinang dalam memastikan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan pelancong serta pengunjung hotel sentiasa terpelihara.
Program ini mendapat kerjasama erat daripada pengusaha-pengusaha hotel di sekitar negeri, dan akan dijadikan rujukan serta panduan asas kepada semua tetamu hotel tentang langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.
Dengan adanya inisiatif ini, Pulau Pinang bukan sahaja dikenali sebagai negeri pelancongan, malah menjadi pelopor dalam memperkenalkan budaya keselamatan kebakaran yang lebih holistik dan inklusif.
Inisiatif ini akan diperluaskan ke seluruh Malaysia.
555614554 1227768352719619 6252286546834607942 n
557425603 1227769272719527 2970967475362768881 n
556668192 1227768992719555 1873514013662339173 n
557598538 1227770962719358 5016302555088582508 n
Capture
555661216 1227775306052257 8280471140014198898 n
ms_MYMalay