MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 DAN SIJIL PERKHIDMATAN 30 TAHUN BAGI JBPM PULAU PINANG
JBPM Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun bertempat di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena Pulau Pinang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diiringi oleh PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang dan PgKB I Khairy bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.