10 Julai 2025 (Khamis)
YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang disambut oleh PgKB II Abdul Jalil, Ketua Zon Bayan Lepas & TPgB II Azrul Khairi, Ketua Balai BBP Bayan Baru dalam siri lawatan rasmi balai.
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau tahap kesiapsiagaan balai-balai terlibat, memperkukuh semangat warga kerja, serta menyampaikan amanat kepimpinan dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kebombaan, penyelamatan dan pengurusan bahan berbahaya (Hazmat).
YS Pengarah turut berkesempatan berinteraksi secara langsung dengan anggota, menyampaikan penghargaan atas dedikasi mereka, serta menekankan kepentingan kompetensi, integriti dan kerjasama antara pasukan dalam menghadapi cabaran operasi yang semakin kompleks.



