YS PKPjB Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang meluangkan masa mengadakan lawatan ke BBP Balik Pulau sambil beramah mesra dengan anggota balai. YS Pengarah turut menitipkan semangat dan nasihat agar terus memberikan komitmen terbaik kepada Jabatan yang kini menjadi perhatian dan harapan masyarakat sekeliling.
Dalam lawatan ini juga, YS Pengarah yang ditemani PPgB Mohd Farid, Ketua Balai BBP Balik Pulau berkesempatan merasmikan Kawasan Tanaman Pertanian BBP Balik Pulau dengan menanam pokok herba sebagai simbolik perasmian.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Pen. Pengarah Bahagian Latihan, Ketua Zon 2 dan wakil Ketua Zon 1 & 3 JBPM Negeri Pulau Pinang.