KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN DAN OPS TAHUN BARU CINA 2023
Bukit Jambul, 17 Januari 2023
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang bersama-sama Kompleks Bukit Jambul, Mydin dan McD telah berkolaborasi melalui Corporate Social Responsibility (CSR) telah mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Tahun Baru Cina 2023 bertempat di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Dalam program tersebut, telah diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak (Kelab 3K),Penyerahan Penyerahan Sijil FC dan Teman Pili Bomba, Pemeriksaan MBK, Pelancaran Ops Tahun Baru Cina,Pemeran Kebombaan, Tarian Singa dan sebagainya.Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Kumaresan a/l Aramugam,ADUN Batu Uban disaksikan bersama oleh YS Saadon bin Moktar, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang.
Sumber : https://www.facebook.com/JBPMPenang.Official