Program Keselamatan Kebakaran dan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) Sempena Sambutan Aidilfitri 2024 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah dilangsungkan di Design Village Penang Outlet Mall. Program ini telah dirasmikan oleh PPjB Ts. Zulfahmi bin Sutaji, Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh wakil Pengurusan Design Village Penang Outlet Mall iaitu En Haurusany bin Abd Hamid, Security and Carpark Manager Design Village Penang Outlet Mall. Sekaligus pada tarikh ini juga telah dilancar OPS Raya Aidilfitri 2024 JBPM Pulau Pinang.