MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2025

YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis hadir ke Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2025 bertempat di Denai Larian, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Arau, YB Tuan Zakri bin Hassan, Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Kangar, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis pelancaran ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat melalui pengibaran bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Majlis pelancaran ini menandakan permulaan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang menggalakkan seluruh rakyat Perlis untuk mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan, rumah, premis perniagaan, dan kenderaan.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini yang mencerminkan komitmen kerajaan untuk meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan, selaras dengan visi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan, dan perpaduan. Manakala Negeri Perlis telah menggunakan tema “MALAYSIA MADANI : PERLIS BESTARI, RAKYAT DISANTUNI” sebagai tema rasmi bagi Negeri Perlis.

#bombaperlis

#unitperhubunganawamjbpmperlis

Sekian Terima Kasih.

ms_MYMalay