Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping (MP Taiping), akan menganjurkan Program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 dan Pelancaran Dasar Landskap Negara 2.0 (DLN2.0) pada 8 Disember 2024. Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program ini bertujuan:
- Mengiktiraf pencapaian Jabatan Landskap Negara (JLN) bagi tahun 2024 dalam mempertingkatkan kualiti persekitaran landskap.
- Memperkenalkan Dasar Landskap Negara 2.0 (DLN2.0) sebagai panduan ke arah pembangunan landskap negara yang komprehensif, mampan, dan berdaya saing.
Tetamu Kehormat:
- YBrs. Tuan Haji Suhaimi bin Ali @ Ahmad, TKSU (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti)
- YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak
- YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak
- PgKB II Umrani bin Che Mat, Ketua Zon 2 Perak
- PPgB Muhammad Syamil bin Mustafa, Ketua Balai BBP Kamunting
Program ini menjadi simbol usaha berterusan KPKT dalam memacu pembangunan landskap negara yang holistik dan inovatif.