PERASMIAN JAMBATAN SULTAN NAZRIN SHAH, BAGAN DATUK

7 Oktober 2023 – SABTU : Pada hari ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli merasmikan Jambatan Sultan Nazrin Shah, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan.Turut berangkat pada majlis tersebut, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, serta DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Keberangkatan tiba baginda pada majlis tersebut telah disambut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang juga merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk; YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan isteri. Turut hadir bersama YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.

Dalam perkembangan sama, Jambatan Sultan Nazrin Shah melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop telah dibuka pada 1 Jun 2023 dengan jarak sepanjang 10.5 kilometer dengan 1.5 kilometer panjang jambatan merentasi Sungai Perak.Jambatan yang bernilai RM 460 juta itu menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk dan mampu menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan dengan hanya kurang 15 minit sahaja berbanding sebelum ini di mana ia mengambil masa lebih sejam dengan jarak perjalanan melebihi 50 kilometer. Selain itu, Jambatan Sultan Nazrin Shah juga merupakan satu ikon dan kebanggaan negeri kerana telah dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records 2023 dalam kategori Laluan Papak Bertingkat Atas Cerucuk Yang Terpanjang dan Bilangan Titik Cerucuk Terbanyak bagi Laluan Papak Bertingkat Atas Cerucuk, pada Mei lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak telah dilantik selaku urusetia bagi Demontrasi/Pertunjukkan Menyelamat bersama agensi penguatkuasa serta mengkoordinasikan satu insiden menyelamat di air untuk dipersembahkan semasa majlis perasmian tersebut.

jambatan01
jambatan02
jambatan03
jambatan04
jambatan05
jambatan06
jambatan07
jambatan08
jambatan09
jambatan10
jambatan11
English EN Malay MS
Skip to content