PENYAMPAIAN SUMBANGAN PERSKEB KEPADA PESARA DAN PEGAWAI MENGALAMI MASALAH KESIHATAN

03 Jun 2022 – JUMAAT : Biro Kebajikan PERSKEB JBPM Negeri Perak telah mengadakan program lawatan ziarah ke rumah anggota yang bersara dan anggota yang mengalami masalah kesihatan di sekitar bandaraya Ipoh hari ini. PERSKEB yang telah diwakili oleh PPgB Mohamad Nasir bin Mohamad Arshad dan telah diiringi oleh Ketua Balai BBP Ipoh, TPgB Mohd Azman Bin Hussin @ Hasan

Anggota yang telah diziarahi adalah pesara bomba BBP Ipoh, Encik Hariri bin Mohamed yang telah mengalami stroke. Seterusnya, mereka telah menziarahi pesara BBP Ipoh, Encik Azmi bin Sewib yang kini mengidap penyakit diabetes dan mengalami patah tulang peha. Akhir sekali, mereka telah menziarahi anggota BBP Ipoh, PBK II (KUP) Mohamad Suhaidy Bin Shapiee yang telah diberikan cuti sakit selama 8 bulan setelah mengalami patah kaki akibat kemalangan jalan raya.

Pihak PERSKEB turut menyampaikan cenderahati berbentuk hamper kepada mereka yang terlibat.

lawat02
lawat01
lawat03
English EN Malay MS
Skip to content