27 Disember 2021- Isnin: Mesyuarat Pengurusan Zon bagi Pejabat Zon 3 Perak serta Program Serah Tugas Pegawai Kanan yang bertukar keluar dari Pejabat Zon 3 Perak telah diadakan di Pejabat Zon 3 Perak, Seri Manjung pada hari ini. Pegawai yang bertukar keluar ialah PgB Mohd Rosli bin Zakaria yang bertukar ke Pejabat Zon 1 Perak dan pegawai yang bertukar masuk adalah PgB Farriz Izzuan Bin Fadzillah dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Perak.




