MENTERI BESAR PERAK – PEMANTAUAN UDARA TITIK PANAS KAWASAN BERISIKO BENCANA

IPOH, 12 Okt -Menteri Besar Perak Dato’ Seri Saarani Mohamad hari ini melakukan pemantauan udara melibatkan 15 lokasi titik panas kawasan berisiko bencana di negeri ini.

Ia melibatkan kawasan Kinta, Changkat Jering dan Kinta Kampar yang berdepan risiko banjir dan kepala air, kawasan Bukit Merah; kebakaran hutan dan kemarau, Terowong Menora di Lebuh Raya PLUS; risiko kemalangan serta kawasan Lenggong; berpotensi tinggi mengalami tanah runtuh.

Pemantauan udara bersama Pesawat AW189 Bahagian Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh dan mengambil masa kira-kira dua jam.

Ia meliputi kawasan Kinta melibatkan lokasi Rekreasi Ulu Chepor, Kledang Sayung dan Lebuh Raya PLUS, kawasan Changkat Jering; Kg Bendang Siam dan Air Terjun Bukit Jana, kawasan Bukit Merah; Gunung Semanggol dan Tasek Bukit Merah, kawasan Lenggong; Kuak Hill Resort dan Dataran Tasek Raban serta Kinta Kampar; Sungai Siput dan Gopeng.

Tinjauan turut diiringi YS PKPjB Dato’ Hj. Norazam bin Khamis, Pengarah Bahagian Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim Dan PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak.

ms_MYMalay