07 Januari 2022 – Jumaat: Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Tahli sempena Tahun Baru Masihi 2022 telah diadakan pada hari pagi ini di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak. Majlis diadakan bertujuan mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan kepada semua warga Bomba dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun 2022 ini. Turut sama di majlis ini adalah Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman, Timbalan Pengarah, Penolong- Penolong Pengarah Bahagian dan warga Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.





