21 Jun 2023 – RABU : Majlis Perhimpunan Bulanan Jun 2023 JBPM Negeri telah dilangsungkan di Dewan Premier Dato’ Sri Ts. Mohamad Hamdan, Ibu Pejabt Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Majlis telah disempurnakan oleh YS PKPjB Sayani binti Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Turut sama Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Zon, Ketua Balai serta anggota JBPM Negeri Perak. Majlis juga turut diselitkan dengan Pemakaian Tanda Pangkat kepada 24 orang pegawai yang telah dinaikan pangkat ke Gred KB22, KB24 dan KB26. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Geran Kewangan Pasukan Bomba Sukarela Fasa 2 berjumlah RM3,000.00 kepada Pasukan Bomba Sukarela.




















