27 Oktober 2022 – KHAMIS : Majlis Perasmian Penutupan Progran Jati Diri Wira Merah JBPM telah diadakan di sekitar Kawasan Pantai Remis, Perak bermula 23 hingga 27 Oktober 2022 di mana program ini mensasarkan pegawai yang terdiri daripada Ketua Zon dan Ketua Balai di seluruh Semenanjung Malaysia. Majlis Perasmian Penutupan Program Jati Diri Wira Merah telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Trong, Perak. Turut hadir bersama di majlis ini YAS TPjB Dato’ Ts. Nor Hisyam bin Mohamad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM serta Pengarah JBPM Negeri Perak, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang, Pengarah JBPM Kedah dan barisan pegawai-pegawai kanan jabatan.


















