Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen JBPM Perak – National Firefighter Drill 2025
Ipoh, 22 Julai 2025 – Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen JBPM Negeri Perak ke National Firefighter Drill 2025 telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.
Majlis disempurnakan oleh YS PKPjB Sayani binti Hj Saidon, Pengarah JBPM Negeri Perak, dengan diiringi oleh PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak serta pegawai kanan jabatan.
Pertandingan akan berlangsung pada 25 hingga 30 Julai 2025 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang, Terengganu.
Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen!










