SABTU 18 DIS 2021 – Balai Bomba dan Penyelamat Parit telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api di bawah Program I-Suri bagi kawasan jagaannya. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Balai, PPgB Mohamad Nasir bin Mohamad Arshad. Majlis tersebut dihadiri oleh YB Khairul Shahril Bin Mohamed selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak untuk Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia merangkap ADUN Bota dan YB Khairudin Bin Haji Abu Hanipah, ADUN Belanja.





