MAJLIS PELANCARAN LIVE SAVING APPLIANCES (LiSA)

2 Julai 2022 – SABTU : Satu Majlis Pelancaran Live Saving Appliances (LiSA) telah diadakan di Pantai Teluk Senangin, Pantai Remis, Perak hari ini. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YS TPjB Ts. Ahmad Izram bin Osman, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM. Majlis turut diadakan dengan gimik pelancaran Papan Tanda Keselamatan Aktiviti Air dan LiSA, demontrasi menyelamat mangsa lemas di mana tatacara penggunaan LiSA kepada orang ramai yang hadir berekreasi di kawasan tersebut serta demontrasi menyelamat kanak-kanak di kolam oleh Kelab 3K.Turut hadir bersama di majlis tersebut YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Perak, Tuan Mohd Helmi bin Arif, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung dan Pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat JBPM dan JBPM Negeri Perak.

lisa01
lisa06
lisa07
lisa10
lisa08
lisa09
lisa05
lisa02
lisa03
lisa04
lisa11
English EN Malay MS
Skip to content