5 Mei 2023 – JUMAAT : Satu majlis Memotong Kek sempena Hari Anggota Bomba 2023 telah disempurnakan oleh YB Menteri Kementerian, Tuan Nga Kor Ming, merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan di Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Majlis Perbandaran Teluk Intan hari ini. Turut sama adalah Ketua Setiausaha KPKT, Dato’ Noor Azman bin Taib, Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Abdul Wahab bin Hj. Mat Yasin, Timbalan Ketua Pengarah JBPM, YS Dato’ Edwin Galan Teruki, Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman dan para jemputan lain.






