16 Januari 2023 – ISNIN : Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman meluangkan masa bagi meninjau ke lokasi kebakaran rumah di Jalan Bagan Ikan, Bagan Datoh di mana berlaku satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah pelantar ikan dan juga seorang mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian.




