28 Julai 2022 – KHAMIS : Pengarah Bahagian Pembangunan JBPM, YS PKPjB Othman bin Abdullah telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Terong, Perak bagi meninjau perkembangan pembinaan dan kesediaan balai berkenaan untuk beroperasi. Rombongan beliau telah disambut oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman, Ketua Zon 2 Perak, PgKB II Zaipulbahri bin Hassan dan pegawai kanan yang lain.







