28 September 2022 – RABU : Satu Lawatan Pemantauan Kesiapsiagaan Barisan Hadapan dalam menghadapi bencana Monsun Timul Laut (MTL) 2022/2023 oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian Negeri Perak dan Bilik Gerakan Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023. Turut sama YS Pengarah JBPM Negeri Perak memberikan taklimat ringkas mengenai persediaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak menghadapi Monsun Timur Laut.