06 September 2022 – SELASA : Satu Kursus Kerohanian bagi Imam dan Bilal JBPM Negeri Perak anjuran Biro Agama PERSKEB telah diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Meru Raya hari ini. Kursus yang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang ini telah dihadiri seramai 60 orang peserta. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Amir Sufrilnizam bin Haji Shaari, Penolong Pengarah Kanan dari Unit Imarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Majlis Perasmian Penutup Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, PPjB Mohd Zaki bin Omar.











