02 Mei 2023 – SELASA : Satu kunjungan hormat oleh YS Pengarah JBPM Negeri Perak, PKPjB Azmi bin Osman kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim di pejabat mereka hari ini. Kunjungan ini adalah bertujuan bagi membuat jemputan dan penerangan berkaitan Larian Bersama Bomba Kali Ke-IX 2023 ‘Malaysia Madani’ yang dijadualkan akan berlangsung pada 6 Mei 2023 bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh. Turut hadir dalam pertemuan ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan serta Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Perak, PgKB I Mohamadul Ehsan bin Mohd Zain.




