7 Julai 2022- KHAMIS : Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi Bin Osman telah menerima kunjungan hormat dari Jawatankuasanya EXCO Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Perak (MAH PERAK) dan Persatuan Hotel Bajet Cawangan Perak (myBHA) di pejabat beliau hari ini. Turut bersama menyambut rombongan adalah Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Perak, PgKB I Syed Azman bin Syed Ghazali.