22 September 2022 – KHAMIS : Pada petang ini Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman telah menerima kunjungan hormat dari Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak, PPj. (PA) Noor Azam bin Johari ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Kehadiran Pengarah APM telah disambut sendiri oleh Tuan Pengarah di pejabatnya. Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua teraju jabatan negeri tersebut telah bertukar-tukar fikiran dan pandangan bagi memantapkan lagi perkhidmatan jabatan masing-masing.