12 April 2022 – SELASA : Pada hari ini Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman telah menerima kunjungan hormat dari pihak Maju Perak Holding di Bilik Mesyuarat Dato Maharajalela, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak. Rombongan seramai 5 orang yang diketuai oleh Puan Adila Binti Ishak, selaku Ketua Eksekutif USEM dan Encik Kamarul Bahrin Bin Baharudin, Pengurus Besar MHB telah memberikan penerangan mengenai cadangan penjimatan kos komprehensif melalui penjanaan tenaga solar PV (tanpa kos) di bangunan-bangunan serta aset-aset milik JBPM Negeri Perak.








