03 Ogos 2022 – RABU : Pada hari ini, Pengarah JBPM Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman bersama pengurusan tertinggi JBPM Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Ungku Omar bagi membincangkan program dua hala bersama untuk memantapkan lagi kecemerlangan antara agensi. Kunjungan beliau dan rombongan telah disambut oleh pihak pengurusan PUO.





