29 November 2022 – SELASA : JBPM Negeri Perak pada hari ini telah menerima Kunjungan Hormat dari Jawatankuasa Kecil Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Negeri Perak. Kehadiran rombongan telah disambut sendiri oleh Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman. Perbincangan dan taklimat telah diadakan di Bilik Maharajalela, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.




