Satu taklimat dan kempen berkenaan penyakit barah (kanser) telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung pada 02 Disember 2021. Taklimat dan ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Nor Hayati dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Turut hadir di majlis ini adalah Ketua Zon, pegawai kanan dan kakitangan dari Zon 3 Perak. Beliau turut menyampaikan cenderahati dari pihak JBPM di akhir majlis.





