01 Jun 2022 – RABU : Satu ceramah dan demonstrasi keselamatan kebakaran telah diadakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Tapah bertempat di Kolej Komuniti Tapah hari ini. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di kolej berkenaan. Selain ceramah, peserta juga diberi tunjukajar menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran kecil.







