29 Dis 2021 – Rabu: Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bersama IPD Hilir Perak telah menjalankan aktiviti pasca banjir dengan membantu penduduk-penduduk di Kampung Batu 7 Jalan Changkat Jong pada hari ini. Antara bantuan yang dihulurkan adalah dengan mengangkat barang- barang yang rosak untuk di buang di kawasan pelupusan yang telah ditetapkan.







