09 Jun 2022 – KHAMIS : JBPM Negeri Perak telah diberi ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2021 bagi kategori Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri semasa Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Dewan Kamar Sari, Aras 3, Blok F8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Parcel F, Putrajaya. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’Seri Mohd Zuki bin Ali. Tahniah dan syabas JBPM Perak.