Kuantan, 25 September 2025 (Khamis) – Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang Tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Seri Mahkota, Ibu Pejabat JBPM Negeri Pahang.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Setia Pengarah JBPM Negeri Pahang, PKPjB Dato’ Mohd Razam bin Taja Rahim dengan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi jabatan, panel juri jemputan, serta warga bomba dari seluruh negeri.
Pada tahun ini, pertandingan KIK menerima penyertaan sebanyak 21 balai melibatkan 105 anggota melalui 19 kumpulan Primer dan 2 kumpulan Hybrid. Konvensyen ini menjadi platform penting dalam menggalakkan budaya inovasi, kreativiti dan penyelesaian masalah secara efektif di kalangan warga bomba, khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan.
Keputusan Pertandingan KIK JBPM Pahang 2025
Johan : Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Peramu
Naib Johan : Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Kuantan
Tempat Ketiga : Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Triang
Pemenang pertandingan ini akan mewakili JBPM Negeri Pahang ke peringkat kebangsaan pada tahun hadapan, dengan ruang masa untuk penambahbaikan dokumentasi serta produk inovasi agar lebih mantap dan berdaya saing.
Majlis ini turut menegaskan komitmen JBPM Negeri Pahang untuk terus menyokong dan membudayakan inovasi sebagai pemacu kepada peningkatan kecemerlangan jabatan, seiring aspirasi kerajaan ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berprestasi tinggi, cepat dan mesra.


