Pada 7 November 2024, Unit Pengurusan Psikologi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, telah menganjurkan satu program Taklimat Interaktif & Outreach yang berlangsung dengan jayanya pada jam 9 pagi. Program ini dirasmikan oleh Yang Setia, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abdul Khair bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dan bertujuan untuk memberikan sokongan psikologi serta meningkatkan kesejahteraan mental anggota bomba kita yang bertugas di barisan hadapan.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat memperkukuhkan semangat, kesediaan, dan daya tahan anggota dalam menjalankan amanah mereka.








