SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 (HSN2023) PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra

Salam Malaysia MadaniSalam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023 (HSN2023) PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SEMBILAN 13 Oktober 2023

Bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023, JBPM Negeri Sembilan menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan bagi melakukan aktiviti-aktiviti sukan yang dilakukan serentak di setiap Bahagian, Zon dan Balai JBPM Negeri Sembilan pada jam 8:30 pagi.

Antara aktiviti sukan yang dianjurkan di Ibu Pejabat serta Bahagian-Bahagian dan Zon 1 JBPM Negeri Sembilan adalah Senaman Aerobik/Zumba, Larian 2.4 km, pertandingan Carrom, Ping Pong serta Bola Tampar.Penglibatan Pengurusan Tertinggi, Pegawai Kanan serta Anggota-anggota JBPM Negeri Sembilan bersempena Hari Sukan Negara 2023 mendapat sambutan yang baik.

Pertandingan sukan bola tampar diserikan dan dimeriahkan lagi dengan penglibatan YS PPjB Abdul Khair bin Osman, Pengarah JBPMNS bersama PgKB I Mohd Hafiz Hafizal bin Timaradin, Timbalan Pengarah JBPMNS yang mewakili Pejabat Pengarah dan telah dinobatkan sebagai juara pertandingan.Ribuan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama kepada semua Bahagian, Zon dan BalaiJBPM Negeri Sembilan dalam melaksanakan Sambutan Hari Sukan Negara 2023.

English EN Malay MS
Skip to content