Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Beprestasi Tinggi Cepat dan Mesra Salam Malaysia MadaniSalam Negeri Sembilan Besih Muafakat Sejahtera
SEMINAR ORGANISASI KESELAMATAN KEBAKARAN (OKK) BAGI PREMIS DITETAPKANPERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024
30 April 2024 – Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) Bagi Premis Ditetapkan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan Tahun 2024 dengan kerjasama Human Resource Development Corporation (HRDCorp) telah diadakan di Dewan Tuanku Cancelor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dimana melibatkan 1000 penyertaan terdiri daripada pemain-pemain industri dan pemilik serta pengurus PREMIS DITETAPKAN.
Majlis Tandatangan Surat Hasrat (Letter of Intent) juga telah berlangsung antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama Human Resource Developement Corporation (HRDCorp) yang telah disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun,Menteri Besar Negeri Sembilan, YBhg. Profesor Dato’ Ts.Dr. Sharifudin bin Md Sharaani, Naib Cancelor Universiti Sains Islam Malaysia dan YAS Tuan Othman bin Abdullah,Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM.
Selepas masjlis tandatangan tersebut, majlis diteruskan lagi Majlis Perasmian Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran telah disempurnakan YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun,Menteri Besar Negeri Sembilan.JBPM Negeri Sembilan menzahirkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat serta menyokong Seminar OKK pada tahun ini.
Semoga seminar ini memberi manfaat dan penerangan yang jelas kepada semua mengenai keselamatan kebakaran bagi premis ditetapkan.Saya mewakili pihak urusetia bagi seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran JBPMNS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai seminar dan semua Jawatan Kuasa Seminar yang telah bersama-sama bertungkus lumus untuk menjayakan program pada kali ini.
Segala kejayaan adalah hasil daripada penat lelah kita semua bersama. Sebarang kesulitan dan kekurangan itu insyallah akan jadikan pengalaman untuk diperbaiki dan ditambahbaik pada program-program JBPMNS akan datang.
Terima Kasih