Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
“REZEKI YANG BARAKAH”
Tarikh : 13 jun 2024
Masa. : 09:00 Pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat : Dewan SUKBOM, Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan
Program hari ini di anjurkan oleh bahagian pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, dan dihadiri terdiri daripada Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Cawangan, Pegawai-Pegawai Kanan dan wakil dari Balai-balai JBPM Negeri Sembilan, bagi mencapai objektif iaitu untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan di kalangan penjawat awam bagi mengelakan diri daripada berada di dalam keterhutangan kewangan yang serius di mana ianya boleh menjejaskan integrity dan prestasi pegawai di tempat kerja.
Majlis telah dirasmikan oleh YS Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan PPjB Hj Abdul Khair bin Osman dan Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.