PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN (PBB) SIRI 2 /2022 BBP SIMPANG PERTANG

12 Okt 2022 (Rabu) – YS PPjB Hj Hamdan bin Hj Ali, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) pada pagi semalam. Seramai 34 orang PBB telah ditauliahkan setelah lengkap menghadiri Kursus Pentauliahan dengan jayanya selama 10 hari. Kesemua PBB ini akan bertugas di BBP Rantau, BBP Seri Menanti, BBP Simpang Pertang, BBP Ampangan, BBP Kota, BBP Bahau, BBP Tampin, BBP Teluk Kemang, BBP Gemencheh. Hadir sama ialah PgKB I Abd Rahman bin Ali, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan, PgKB I Ahmad Adli bin Abdul Rahman Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela dan Bomba Bantuan Bahagian Operasi dan serta penolong pengarah bahagian negeri.

English EN Malay MS
Skip to content