Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan 2023 dan Pasukan Ragbi dalam (Kejohanan Piala Ketua Pengarah)

2-5 Oktober 2023

Jumaat, Dewan SUKBOM JBPM Negeri Sembilan.

Assalamualaikum dan Salam Jabatan Bomba Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra. YS PPjB Abdul Khair bin Osman Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah hadir bagi merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan 2023 dan Pasukan Ragbi dalam (Kejohanan Piala Ketua Pengarah)..Dimulai dengan bendera Kontinjen Pertandingan Kawad Kecekapan yang bakal bertanding pada 2-5 Oktober 2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu..Seterusnya bendera kontinjen Pasukan Ragbi JBPM Negeri Sembilan yang akan bertanding pada 30 September 2023 hingga 1 Oktober di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Semoga Kontinjen PKK dan Ragbi membawa pulang kejayaan yang membanggakan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan!

HOBIN JANG HOBIN!

English EN Malay MS
Skip to content