Majlis Pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat Palong
Satu lagi detik bersejarah tercipta!
Pada Rabu, 9 April 2025 jam 11.00 pagi, telah berlangsung Majlis Pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat Palong, disempurnakan oleh YAS PjB Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Turut hadir mengiringi beliau, YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Tahlil dan Doa Selamat, diikuti dengan Jamuan Makan serta Simbolik Penanaman Pokok sebagai tanda permulaan operasi dan komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar.
Semoga pengoperasian balai ini menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kecemasan yang lebih cekap dan berkesan untuk komuniti setempat.











