MAJLIS APRESIASI YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERSAMA JBPM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

18 Disember 2023 – Bertemakan “RETRO” Majlis Apresiasi YAB Menteri Besar Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah diadakan di Grand Ballroom Hibiscus Hotel Port Dickson bagi memberi penghargaan kepada seluruh pegawai JBPM Negeri Sembilan, Pasukan Bomba Sukarela, Pasukan ERT yang telah memberikan komitmen yang cemerlang dan meraikan pegawai yang bersara pada tahun ini.

Penyampaian anugerah serta sijil penghargaan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan bersama isteri Datin Seri Hjh Wan Hasni Binti Wan Yusof (Di-Pertua BAKRIAH Negeri Sembilan), diiringi oleh YS PPjB Abdul Khair bin Osman,Pengarah JBPM Negeri Sembilan bersama isteri; Dr.Farahdina binti Abidin,Pengerusi PERISMA Negeri Sembilan.

Tetamu undangan yang turut menyerikan lagi majlis berkenaan; YB Dato’ Mohd Zafir Bin Ibrahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Sembilan) dan isteriPPjB (K) YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali,Pendaftar USIMTuan Hj Hamdan bin Ali (Mantan Pengarah JBPM Negeri Sembilan) dan isteri.Turut mewarnai dan memeriahkan lagi Majlis Apresiasi dengan persembahan deklamasi sajak oleh PB Burhanshah bin Amril, FIRE BAND JBPM Negeri Sembilan serta artis undangan Syafiq Farhain.

JBPM Negeri Sembilan juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Urus Setia, Jawatankuasa dan pegawai-pegawai yang telah merancang dan berusaha dalam melancarkan Majlis Apresiasi ini.Terima kasih juga kepada YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan di atas sumbagan yang diberikan.

English EN Malay MS
Skip to content