Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pengarah ke Pusat Temuduga Negeri Sembilan

23 Sept 2021 (Khamis) – YAS Dato’ Sri TS Mohamad Hamdan Bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM membuat lawatan kerja rasmi ke Pusat Temuduga Negeri Sembilan yang bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Turut bersama-sama hadir ke Pusat Temuduga ialah YS PPjB Hj Hamdan Bin Hj Ali, Puan Noorleza Binti Rajab (Pengarah Bahagian Pengurusan), Puan Nor Arfah Binti Mohd Ishak (Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Sumber Manusia), Puan Asfah Binti Asmara (Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas) dan Cik Sharifah Rafida Binti Syed Abdul Rahman (Penolong Setiausaha Bahagian Pengambila Khas) dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pengurusan Tertinggi JBPM NS. 

English EN Malay MS
Skip to content